Monday, September 3, 2018

Mesej Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan kepada rakyat negara Sabah.



“Saya telah berusaha untuk melakukan sehabis baik untuk rakyat dan negara Sabah dalam memperjuangkan hak-hak kita. 

Walau bagaimanapun, setiap tindakan saya ditafsir dengan kefahaman yang tidak tepat dan menyebabkan penyebaran cerita fitnah daripada dahulu sehingga sekarang.

Cerita fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya bukan merugikan diri saya tetapi diri mereka sendiri.

Mereka kehilangan peluang untuk memiliki pemimpin yang benar-benar bersuara bagi pihak mereka untuk berdepan dengan kerajaan malaya.

Mereka katakan yang saya gila pangkat, kedudukan dan duit tetapi itu sebenarnya tidak benar sama sekali.

Jikalau saya inginkan itu semua, saya tidak akan membuang usia muda saya sehingga sekarang didalam politik kerana saya boleh menggunakan sijil pendidikan tertinggi yang dimiliki ini dari Harvard Universiti untuk mendapatkan pekerjaan, perniagaan yang mampu memberikan kesenangan, kemewahan kepada kehidupan dan keturunan saya.

Adakah itu yang sebenarnya kamu mahu saya lakukan?

Jikalau saya melakukan seperti itu, bagi pandangan kamu dengan melihat disekeliling, siapakah pemimpin-pemimpin Sabahan yang kamu yakin akan berani bersuara untuk menegur kerajaan sehingga ditangkap dan dihumban ke dalam penjara dibawah akta ISA?

Sebelum ini, memang ramai yang bersuara dan mereka-mereka ini juga ditangkap dan dipenjara dibawah ISA semasa mahathir memerintah dulu tetapi sebaik sahaja dibebaskan, mereka telah memilih untuk tunduk, diam dan akur kepada arahan malaya kerana takut sudah. 

Sebaik sahaja saya dibebaskan, saya mengambil satu tempoh masa berehat dan terus bertekad untuk memasuki dunia politik secara rasmi bagi memastikan perjuangan bangsa negara Sabah tercapai.

Tetapi jikalau ditakdirkan saya tidak berjaya untuk melakukannya kerana masa sangat cemburukan saya, mahu tidak mahu tanggungjawab itu akan diserahkan kepada kamu semua secara langsung termasuk mereka-mereka yang begitu gembira menyebarkan fitnah tentang perjuangan yang diangkat oleh saya bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Tenaga saya semakin lemah, badan ini semakin hilang kekuatannya. 

Jikalau kamu yang memilih untuk terus menyebarkan fitnah dan membenci saya atas kefahaman daripada sebaran fitnah yang kamu terima walaupun saya telah berusaha memperjelaskan berkali-kali untuk memperbetulkan kefahaman tentang keadaan yang sebenarnya berlaku didalam perjalanan politik saya dahulu sehingga sekarang, 

sampai masa kamu akan bergembira juga kerana pada waktu itu saya akan hanya menjadi sebuah memori, rujukan sejarah seperti allahyarham Tun Mustapha dan Tun Fuad.

Oleh itu, selagi saya mampu bernafas, ambilah peluang ini untuk menggunakan saya sepenuhnya bagi mewakili suara-suara anda didalam DUN dan Parlimen bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain agar suara-suara anda akan bergema dan berkumandang dengan nyaring sekali tanpa henti didalam dewan sehingga hak-hak kita semua tercapai dengan jayanya

Saya lakukan semampu yang boleh untuk anda semua."

Credits untuk 1Sabah kerana membuat editan video yang membolehkan mesej Datuk cepat sampai kepada rakyat. Untuk rujukan video original, sila klik link ini (https://www.facebook.com/drjeffreygkitingan/videos/673380769474187/).

No comments:

Post a Comment

RAKYAT SABAH BANTAH USAHA KERAJAAN BARU

RAKYAT SABAH BANTAH USAHA KERAJAAN BARU WARISAN MENDAFTAR DAN MEMBERI KAD PENGENALAN KEPADA WARGA ASING DAN PTI. RAKYAT JUGA MENDESAK DS M...