Monday, September 3, 2018

RAKYAT SABAH BANTAH USAHA KERAJAAN BARU

RAKYAT SABAH BANTAH USAHA KERAJAAN BARU WARISAN MENDAFTAR DAN MEMBERI KAD PENGENALAN KEPADA WARGA ASING DAN PTI.

RAKYAT JUGA MENDESAK DS MADIUS TANGAU MELETAKKAN JAWATAN SERTA MENGOSONGKAN KERUSI MP P170 TUARAN BERIKUTAN SOKONGAN BELIAU DALAM USAHA WARISAN UTK MENJADIKAN WARGA ASING DAN PTI SEBAGAI WARGANEGARA.

RAKYAT TUARAN KES AL KERANA SEBELUM INI UPKO SECARA LANTANG MENGKRITIK KERAJAAN PUSAT KHUSUSNYA TUN MAHATHIR BERIKUTAN PEMBERIAN IC KEPADA PENDATANG ASING.
 TETAPI MENGAMBIL TINDAKAN MENYOKONG USAHA INI SETELAH MELOMPAT KE PARTI WARISAN.

RAKYAT SABAH KHUSUSNYA TUARAN MENYIFATKAN MADIUS SEORANG PEMIMPIN  YG TIDAK BERMORAL DENGAN MENIPU RAKYAT SABAH DAN SANGGUP MENJILAT SEMULA APA YG DIA BANTAH DAN PERTIKAIKAN DAHULU. 

Agen Sindiket sijil lahir dan Kad pengenalan yang ada kaitan 'Shafie' tumpas di kawasan timur Sabah http://sabahkini2.com/en/news/407/agen-sindiket-sijil-lahir-dan-kad-pengenalan-yang-ada-kaitan-shafie-tumpas-di-kawasan-timur-sabah/view#.WxG9J-C85Z4.whatsapp

kerajaan baharu ws

PEKERJA ASING YANG TIDAK ADA PASPORT MASUK KE NEGARA SABAH


MENGIKUT UNDANG-UNDANG PEKERJA ASING YANG TIDAK ADA PASPORT MASUK KE NEGARA SABAH HARUS DITANGKAP DAN DIHANTAR BALIK KE NEGARA ASALNYA BUKANNYA MELINDUNGI DAN MEMBERI DOKUMEN ATAU MEMUTIKAN WARGA ASING. 

BODOH PUNYA KERAJAAN WARISAN YANG TIDAK SAH. BANYAK PRIBUMI SABAHAN MARAH DENGAN TINDAKAN KM YANG TIDAK SAH DAN PEROMPAK KUASA INI.

http://sabahkini2.com/en/news/1007/kerajaan-negeri-akan-beri-dokumen-kepada-pekerja-asing-haram-di-sabah/view

KERAJAAN NEGERI AKAN BERI DOKUMEN KEPADA PEKERJA ASING HARAM DI SABAH

12:06 Jun 27, 2018  |  By SabahKini2

MOHD SHAFIE APDAL BERKATA LANGKAH ITU BAGI MENYELESAIKAN MASALAH KEKURANGAN TENAGA KERJA DI SABAH. INI TERMASUK ISU WARGA TIADA KERAKYATAN DI SABAH.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mengkaji mengeluarkan dokumen khas kepada pekerja asing tidak sah di Sabah untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh, terutama dalam sektor perladangan.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata satu jawatankuasa khas dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman akan memperincikan proses mengesahkan pekerja haram sedia ada.

"Kita akan melihat bagaimana dokumen khas boleh dikeluarkan kepada pekerja (haram) di setiap ladang. Mereka kini bekerja di beberapa ladang tanpa dokumen sah dan mematuhi dasar tertentu.

"Oleh itu, kita mahu mereka mempunyai pas kerja, kita tidak boleh berdiam dalam masalah ini tanpa menyelesaikannya, kerana ia sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi kita," katanya kepada media selepas mesyuarat tertutup dengan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan, di sini, hari ini. 

Mohd Shafie berkata kekurangan buruh adalah antara isu dibincangkan dan perbincangan lanjut mengenai perkara itu perlu dilakukan secepat mungkin.

Mengikut statistik Jabatan Imigresen, sejumlah 137,676 pas lawatan kerja sementara dikeluarkan kepada pekerja asing di Sabah tahun lalu dengan majoriti dikeluarkan kepada warga Indonesia (123,313) diikuti Filipina (14,283), Nepal (54) dan Myanmar (26).

Pas kerja yang dikeluarkan adalah untuk penanaman ladang, pertanian, perkhidmatan, pembinaan, pembuatan dan pembantu rumah.

Mengenai isu individu tanpa kerakyatan, Mohd Shafie memberi jaminan kerajaan negeri sedang menanganinya. Mereka yang layak akan diberi kerakyatan Dengan pemutihan warga asing di Sabah dijangka beratus ribu pendatang asing haram di Sabah akan mendaftar di bawah kelulusan kerajaan Warisan. 

"Ini menjadi masalah untuk tempoh yang sangat lama dan ia satu isu yang rumit. Terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi tetapi saya yakin ada penyelesaian," katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, keselamatan negeri secara keseluruhannya terkawal dengan pasukan keselamatan terus mengambil langkah mencegah penculikan dan rompakan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Sementara itu netizen Sabah mempunyai reaksi yang pelbagai berhubung langkah kerajaan negeri untuk memutihkan pekerja asing dan memberi warga negara kepada rakyat tanpa warganegara kerana bimbang pengumuman kerajaan ini akan jadi medan kedatangan warga asing ke Sabah secara berleluasa. Atas alasan pekerjaan mereka akan datang secara haram Sabah. 

Seorang pengguna facebook, Karim berkata sepatutnya kerajaan negeri meneruskan usaha menghantar balik pendatang asing bukan memberi dokumen sah sama ada bekerja atau mendapat warganegara. 

Kita kena belajar dari tindakan pusat di Putrajaya apabila meluluskan program pemutihan di mana 7 juta warga asing direkodkan berada di Malaysia. 

Program pemutihan digunakan untuk menghalalkan tindakan kehadiran warga asing di negara ini. Tidak hairan selepas ini lambakan PTI akan berlaku di Sabah.


kenyataan-rasmi-sskm-ssuuk-berhubung.html

TOLONG BACA YA /PLEASE READ. JANGAN MALAS MEMBACA YA. INI SANGAT PENTING. DAN TOLONG VIRAL KAN ATAU SHARE KEPADA KAWAN2. THANK YOU. TOLONG KASI VIRAL SHARE JUGA KIO.

http://www.ssuuk.com/2017/10/kenyataan-rasmi-sskm-ssuuk-berhubung.html

Salam sejahtera kepada semua bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini bergerak dibawah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang sah, yang bernama Sabah Sarawak Union-United Kingdom, yang telah berdaftar dengan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan surat maklum balas yang diterima oleh saya daripada Foreign & Commonwealth Office.

Borang Petisyen dihantar diluar pintu pejabat Perdana Menteri UK
Pertama. Saya telah menghantar sebahagian borang-borang petisyen yang telah diterima oleh saya dari Negara Sabah dan Negara Sarawak di luar pejabat Perdana Menteri UK dan ia diterima oleh kakitangannya pada 16 September 2017.

Surat maklumbalas petisyen daripada Foregin & Commonwealth Office
Kedua. Saya telah mendapat maklumbalas melalui surat daripada Foreign & Commonwealth Office yang bertarikh 11 Oktober 2017 dan melalui surat ini, saya telah mendapat kepastian tentang saluran yang benar, yang perlu ditujukan petisyen-petisyen suara rakyat negara Sabah dan rakyat negara Sarawak ini.

Ketiga. Antara kepastian yang telah disahkan juga ialah status kedudukan negara Sabah dan negara Sarawak adalah selari dengan informasi yang diperolehi daripada dokumen kolonial (penjajah) yang telah menyatakan bahawa negara Sabah dan negara Sarawak telah memiliki status Self-Government (Berkerajaan Sendiri). Ini disahkan melalui perenggan kedua surat tersebut yang ada menyebut "territorial integrity of the States of Malaysia".

Keempat. "Territorial integrity " adalah penggunaan kata yang merujuk kepada konteks Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1541 (xv) pada Prinsip ke sembilan (ix). Dalam konteks ini, ia menjelaskan seperti berikut;

"Integration should have come about in the following circumstances:

(a) The integrating territory should have attained an advanced stage of self-government with free political institutions, so that its people would have the capacity to make a responsible choice through informed and democratic process;

(b) The integration should be the result of the freely expressed wishes of the territory's people acting with full knowledge of the change in their status, their wishes having been expressed through informed and democratic process, impartially conducted and based on universal adult suffrage. The United Nations could, when it deems it necessary, supervise these processes."

Dalam penterjemahan bahasa adalah seperti berikut:
"Integrasi harus berlaku dalam keadaan berikut:

(a) Wilayah pengintegrasian sepatutnya telah mencapai tahap pentadbiran berkerajaan sendiri dengan institusi politik bebas, supaya rakyatnya mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan yang bertanggungjawab melalui proses yang bermaklumat dan demokratik;
(b) Penyatupaduan harus menjadi hasil daripada kehendak rakyat yang bertindak dengan penuh pengetahuan tentang perubahan status mereka, keinginan mereka yang telah dinyatakan melalui proses yang bermaklumat dan demokratik, dilaksanakan secara adil dan berdasarkan hak pilih dewasa universal. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh, apabila difikirkan perlu, menyelia proses ini. "

Kelima. Melalui kenyataan surat itu juga, ia jelas mengesahkan bahawa Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Perundangan Negara Sabah dan Negara Sarawak telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) melalui Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan ia telah dimasyurkan melalui deklarasi pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Namun, kini kita semua sedari bahawa sebenarnya tidak ada pembentukan Malaysia sebaliknya pada tarikh 16 September 1963 hanyalah merupakan tarikh rasmi kerajaan Malaya menukar namanya di PBB kepada Malaysia dan perkara ini tidak pernah didedahkan selama lebih daripada 50 tahun.

Keenam. Apabila kuasa kedaulatan dan kuasa perundangan anda dipegang oleh kuasa luar (malaya), ini membawa maksud bahawa kuasa luar (malaya) itu mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan anda yang melibatkan soal sosial, ekonomi dan politik. Dalam erti kata lain, negara Sabah dan negara Sarawak sememangnya telah dijajah oleh kerajaan malaya dengan nama barunya iaitu Malaysia.

Ketujuh. Walaupun demikian, melalui status Berkerajaan sendiri, status negara Sabah dan negara Sarawak adalah berbeza daripada status negeri-negeri Tanah Melayu dan ini jelas dapat dilihat pada Perlembagaan awal sebelum diubah pada tahun 1976. Kini, kita hanya selangkah lagi kearah Kemerdekaan yang sebenar, yang akan mengangkat status negara kita daripada Berkerajaan Sendiri dibawah penjajahan malaya kepada Negara yang Merdeka dan Berdaulat nanti, setaraf dengan negara Republik Singapura, Kerajaan Brunei dan juga Kerajaan Malaysia. Ini dapat dilakukan melalui Gerakan Kemerdekaan yang mesti dilakukan dengan hati yang cekal, kuat, utuh dan disertai dengan nyawa. Kematangan sesuatu bangsa hanya dapat diakui melalui pencapaian bangsa dan negara itu mencapai status Kemerdekaan sebenar mereka sendiri.

Kelapan. Surat ini juga memaklumkan dengan jelas sekali bahawa isu-isu berkaitan dengan hak asasi manusia dan politik dalaman dipantau oleh kerajaan UK.  Perkembangan di Timur Malaysia yang merujuk kepada negara Sabah dan negara Sarawak sentiasa berada didalam pantauan mereka serta perbincangan sentiasa diadakan dengan kerajaan Malaysia khususnya melibatkan hak kemanusian kita.

Kesembilan. Atas sebab inilah mengapa saya dengan penuh bertanggungjawab dan tegas mengatakan kepada anda semua bahawa kita tidak boleh sesekali takut untuk berjuang untuk mendapatkan hak kita kerana ia sememangnya milik mutlak kita. Malaysia ini hanyalah pentas persinggahan ataupun platform sementara sebelum kita mencapai kemerdekaan kita yang sebenar. Jikalau tangkapan dilakukan kerana perjuangan ini, ia akan merancakkan lagi Gerakan Kemerdekaan kita. Diakhir kepada perjuangan ini, sememangnya ia akan dilakukan didalam Makhamah, Dewan Undangan Negara Sabah dan Dewan Undangan Negara Sarawak, Parlimen Malaysia dan United Nations (UN).

Kesepuluh. Negara Republik Singapura sudah membuktikan proses damai Perpisahan itu dapat dilakukan secara damai dan demokratik. Perkara yang sama juga harus dan mesti dilakukan. Tidak ada lagi ruang untuk bangsa negara kita untuk menoleh ke belakang ataupun berlembut hati. Ketegasan dan ketetapan hati, jiwa dan minda itu mesti padat,keras dan kental untuk Merdeka.

Kesebelas. Saya menyeru kepada semua bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak yang ada sekarang, daripada seusia yang muda sehingga yang matang untuk melibatkan diri didalam Gerakan Kemerdekaan ini dengan hati yang rela agar kita dapat memperolehi kuasa Kedaulatan dan kuasa Perundangan yang memberikan kita kuasa Kemerdekaan untuk mentadbir kehidupan dan negara kita masing-masing. Kepimpinan yang tidak mewakili suara untuk menuntut Kemerdekaan mesti disingkirkan daripada dunia politik negara kita. Angkatlah pemimpin-pemimpin yang berjuang kearah kemerdekaan negara kita. Satukan rentak nyaringan suara semangat Kemerdekaan sehingga dunia ini mendengar dentuman suara bangsa kita bahawa Kemerdekaan itu mesti diberikan kepada empunya negara iaitu kita, bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak tanpa sebarang dolak-dalik.

Doris Jones
Labels: Official Statement

Datuk Dr. Jeffery Kitingan Di Parliment pada 24 Julai 2018.


DATUK DR. JEFFREY G. KITINGAN 
AHLI DEWAN RAKYAT P.180 KENINGAU, SABAH.                       

UCAPAN PERBAHASAN PARLIAMENT JULAI 2018 OLEH DATUK DR. JEFFREY KITINGAN, AHLI DEWAN RAKYAT P.180 KENINGAU, SABAH PADA 24 JULAI, 2018.


Terima kasih Tuan Yang DiPertua,

Tuan Speaker,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada DYMM Yang DiPertuan Agong atas TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA.  


Saya juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Tuan Speaker diatas lantikan Datuk sebagai Yang DiPertua Dewan yang mulia ini. 


1.3    Juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada Pakatan Harapan atas kemenangan PRU-14 dan atas perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru juga kali kedua serta mencipta sejarah Perdana Menteri yang tertua dipilih.  


1.4    TAHNIAH DAN SYABAS juga saya ucapkan kepada rakan-rakan beliau kerana berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan Malaysia Baru mengganti yang lama yang juga merupakan titik sejarah bagi Malaysia.

Tuan Speaker,
1.5    Peluang untuk dipilih dan dilantik sebagai Perdana Menteri kedua kali jarang sekali boleh berlaku.

1.6    Dengan izin, Tun Sir, I believe that there is probably a good reason for your second coming as the Prime Minister of Malaysia, especially for Sabah, Sarawak and for a new Malaysia.

HIGH EXCEPTIONS ON NEW FEDERAL GOVERNMENT / P.M.

Tuan Speaker,

2.1    Justru, Sabah dan Sarawak MENARUH HARAPAN YANG BESAR kepada Kerajaan Persekutuan dibawah Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah-masalah dan tuntutan-tuntutan mereka berasaskan MA63, 20-Perkara, IGC Report, Perlembagaan Malaysia, Janji-janji dan Jaminan-jaminan yang telah diberi semasa Penubuhan Malaysia.

2.2    Selama 54 tahun kami di Sabah Sarawak merasa kecewa, malah ada yang marah dan hilang sabar sehingga ramai yang MENUNTUT BERPISAH dari gagasan Malaysia (terutamanya di kalangan GEN-Y) kerana sudah kehilangan keyakinan dan harapan kepada Kuala Lumpur dan Pemimpin-pemimpin.  Mereka kata.

“what is the benefit for Sabah, Sarawak being in Malaysia?? 
We are just a colony of Malaya?

2.3    Betul atau tidak, inilah keluhan mereka dan terdapat banyak ketidakpuashatian  -  PRU-14 telah memberi nafas dan Harapan baru kepada Generasi baru ini, 

di mana hampir semua Parti Politik termasuk PH dan BN telah berjanji dalam Manifesto masing-masing untuk mengembalikan status dan Hak-Hak Sabah dan Sarawak termasuk autonomi sekiranya mereka menang PRU14.

2.4    28 tahun yang lalu, pada 13hb. Mei 1991, saya ditahan dibawah ISA kerana menyentuh Hak-hak Sabah dalam 20-Perkara.  

 Apabila saya masuk Politik selepas itu, saya dipanggil “ORANG GILA” kerana berani (Gila) Menuntut Hak-hak Sabah yang pada waktu itu di “haramkan” tetapi dalam PRU-14 semua pemimpin jadi “Gila” kerana dah ikut cakap orang gila dan memasukkan Isu MA63 dan Hak-hak Sabah Sarawak dalam Manifesto Mereka.

JANGAN “JANJI TERANG BULAN”

3.1    Sekarang PH dah jadi Kerajaan dan Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri yang Kedua kali. Janganlah jadikan Janji dalam Manifesto “MENGEMBALIKAN HAK DAN STATUS SABAH SARAWAK DALAM 100 HARI” sebagai hanya “JANJI TERANG BULAN” kami bilang kalau di Sabah. Sepertimana yang telah berlaku kepada MA63 selama 55 tahun.

4.    55 YEARS OF COLONIAL EXPLOITATION

Tuan Speaker,

4.1    Saya nak bagi tahu bahawa selama 55 tahun kami di Sabah Sarawak merasa seolah-olah kami dijajah semula.  22 tahun daripada 55 tahun itu adalah dibawah YAB Perdana Menteri sekarang. Kami merasa dijajah kerana:-

Minyak/Gas kami diambil alih Kerajaan Pusat melalui Petronas

4.1.1    Vesting Order yang ditandatangani oleh YAB Tun Abdul Razak pada 27 March 1975 menyerahhak hakmilik minyak dan gas Sabah kepada Petronas dibawah Petroleum Development Act 1974 adalah tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan sebab petroleum adalah mineral dibawah hal “Tanah” dan “Tanah” disenaraikan sebagai Hak Negeri dibawah “STATE LIST”.

Hak 40% Hasil Kewangan Yang DiPerolehi Dari Sabah Tidak Dibayar

4.1.2    40% hasil bersih daripada Hasil yang diperolehi Persekutuan dari Sabah dikehendakki dikembalikan kepada Sabah seperti mana yang dipersetujui dalam Perenggan 28 IGC Report dan Article 112C/112D dan Jadual 10 Perlembagaan Malaysia.  

Jumlah 40% tersebut adalah berbilion-bilion setiap tahun tetapi ianya tidak dibayarbalik kepada Sabah sejak tahun 1974.

4.1.3    YB Ahli Penampang merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memberitahu rakyat Sabah semasa PRU-14 bahawa 40% hasil bersih ini dihutang sebanyak RM1.0 trilion oleh Kerajaan Persekutuan.   

Saya beharap YB Penampang merangkap Menteri MITI akan memastikan 40% hasil bersih ini yang mungkin RM1 trilion dikembalikan kepada Sabah.

Hak Franchise Politik Sabah

4.1.4    Hak Franchise Politik Sabah telah diberi kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) melalui Project IC dan Ops Durian Buruk seperti yang disahkan dan didedahkan dalam Lapuran RCI mengenai Pendatang Asing di Sabah.

4.1.5    Lapuran RCI tersebut juga mengesahkan dan mendedahkan bahawa bahawa Kad Pengenalan IC dan MyKad telah diberi kepada warga asing tanpa mengikut undang-undang dan juga warga asing yang tidak berlayak telah dimasukkan dan didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih oleh SPR.

4.1.6    Dengan pemberian IC, warga asing PTI sudah menjadi PATAI, PENDATANG ASING TAPI ADA IC.

4.1.6    Sekarang Kementerian Dalam Negeri sedang sibuk memburu PTI di Malaya tetapi Kerajaan Sabah sekarang yang belum sah sambil menunggu keputusan kes di Mahkamah, lebih berprihatin kepada PTI dan pendatang asing dan memberi dokumen sah kepada mereka melalui proses pemutihan.

4.1.7    Ramai Sabahan tidak mempercayai ketelusan dan integriti proses pemutihan ini.  Macam dulu, pelarian dari Filipina Selatan telah diberi IMM13 tetapi lama-lama, hampir semua diberi IC dan MyKad walaupun telah dijanji IMM13 hanya untuk sementara waktu dan kewarganegaraan tidak akan diberi.   

Akibatnya, PTI dengan IC telah membanjiri Sabah dan bilangannya 1.7 juta mengatasi warga Sabah tulen 1.5 juta dan menjadi “FIXED DEPOSIT” kepada Kerajaan yang lalu.

4.1.8    Kenapa tidak mengambil tindakan melalui proses undang-undang?   Saya ingin mengingatkan bahawa terdapat ramai Sabahan yang pergi ke Australia secara sah tetapi telah berkerja tanpa permit yang sah atau ditipu oleh agen-agen pekerjaan, mereka ditangkap, dimasukkan dan dipenjarakan dalam lokap dan dihantar pulang.  Kenapa Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebegitu di Sabah kepada PTI dan tidak membuat pemutihan?
    
Demografi Kependudukan Sabah DiUbah

Tuan Speaker,

41.9    Demografi kependudukan Sabah di ubah dalam proses memelayukan penduduk Sabah melalui pemberian IC dan Mykad kepada orang asing yang masih menuntut Sabah sebagai Wilayah mereka.   

4.1.10    Dengan izin, 
This move by the Federal government is compromising our national security as can be seen in the Tonduo, Lahad Datu, intrusion, and the cross-border kidnappings and rise in crimes and social problems including street kids asking for handouts from tourists and passing cars, drugs abuse and sale of illegal cigarettes smuggled from neighbouring countries.

Kuasa Politik Dan Kedaulatan Sabah

4.1.11    Kuasa Politik Sabah dan Kedaulatnya dipusatkan dan dikuasai oleh Kuala Lumpur melalui kemasukan UMNO ke Sabah oleh Presiden UMNO pada waktu itu, sekarang sebagai Ketua Pakatan Harapan. 

4.1.12    Kini, kerosakan kuasa politik diteruskan ala Umno 2.0 melalui PPBM dan proksinya dan parti-parti Pakatan Harapan lain dan dibantui oleh segelintir pemimpin orang Sabah.

Tuan Speaker,

4.1.13    Untuk Malaysia kekal dan diteruskan dengan aman dan makmur tanpa apa-apa keretakan, sensitiviti rakyat Sabah dan Sarawak harus dihormati dan tidak dicabuli.  

Ini bermaksud, parti-parti dari Malaya harus tidak bertapak di Sabah dan Sarawak dan Part-parti tempatan mereka harus diberi kuasa mentabdir-urus wilayah mereka dengan autonomi penuh.  

Biarlah Parti-parti politik dari ketiga-tiga wilayah itu bekerjasama diperingkat pusat/federal. Wakil-wakil dan pemimpin-pemimpin Pakatan di Sabah dan Sarawak boleh beralih ke parti-parti tempatan.

5.    PERDANA MENTERI KEDUA KALI – HARAPAN BARU?

5.1    Dengan izin,

I met YAB Prime Minister in 1991, after my ISA detention, and he told me “ I regret bringing UMNO to SABAH…”

I ask “WHY”  He said “Leaders are only self-serving…..” so, I said “ bring it back… He replied “SUSAH”…

5.2    Mr Prime Minister, you are now the PM again.
You have the rare and priceless opportunity to undo past mistakes and to put things right.   

Sabah and Sarawak have suffered for past 55 years, 22 years or 40% of which were under your watch.

I am confident that you will do the right things, Sir, under MALAYSIA BARU. 

5.3    Dengarkanlah keluhan kami di Sabah, Sarawak, jangan biarkan Malaysia hancur – 

SELAMATKANLAH MALAYSIA dengan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut : 

Kembalikan status Sabah Sarawak sebagai rakan kongsi samarata dan samataraf dengan Malaya.   

Pada masa yang sama, mansuhkan pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan 27hb Ogos 1976 yang menurunkan taraf Sabah, Sarawak sebagai Negeri ke-12 dan ke-13 sama seperti Perlis dan memulihkan Artikel 1(2) asal yang berkuatkuasa pada 16hb September 1963.

Tunaikanlah Janji-Janji, Jaminan-Jaminan dan Akujanji-Akujanji dalam Article 8 MA63, IGC Report dan Perlembagaan Malaysia.  

Kembalikan Hak Hasil Kewangan Sabah khususnya seperti berikut yang termaktub dalam Artikel 112C dan Bahagian IV dan V Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan:-

40% Net Revenue derived from Sabah;
10% Import Duty on Petroleum Products;
10% Export Duty on Oil and Gas in lieu of Royalties.

Saya ingin memperingati bahawa Ahli-ahli Kabinet dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan mulia ini, kita telah berikrar mematuhi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.  

Jika Kerajaan Persekutuan tidak mengembalikan hak-hak kewangan tersebut seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, maka kita semua telah melanggar ikrar kita dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Serahbalik hakmilik minyak dan gas Sabah dan Sarawak kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.  Batalkan Vesting Order yang menyerah hakmilik minyak dan gas kepada Petronas.  Alternatif lain, biarlah Petronas itu dimiliki bersama oleh semua Negeri Pengeluar Minyak.

Melaksanakan Lapuran RCI mengenai Pendatang Asing di Sabah dengan mengambil tindakan untuk membatalkan IC dan MyKad yang telah diberi tidaksah dan mengeluarkan pengundi-pengundi hantu dari Daftar Pemilih SPR.

Hentikan segala tindakan dan pemberian IC dan MyKad tidak mengikut undang-undang di Sabah.  Jangan menghalang pelaksanaan SABAH IC oleh Kerajaan Sabah untuk Sabahan yang tulen.

Benarkan Sabah melaksanakan kuasa autonomi penuhnya sebagai rakan kongsi samataraf dalam Persekutuan Malaysia dan jika perlu, amalkan “1-Persekutuan 2-Sistem” dalam pentadbiran Malaysia dimana apa-apa dasar dan polisi harus diadaptasi mengikut acuan Sabah dan dengan consensus daripada Kerajaan Sabah.

Utamakan dan pesatkan pembangunan di Sabah untuk mencapai pembangunan sama taraf yang berada di Malaya supaya rakyat Sabah dapat menikmatinya seperti rakyat Malaysia yang lain di Malaya.

Saiz kawasan saya, Keningau (3,533 sq.km.), adalah lebih besar daripada 3 Negeri (3,505 sq.km.) iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Perlis tetapi lebih 70% kawasan tidak ada bekalan air terawat. Lebih 80% jalan kampung adalah jalan gravel dan pada musim kemarau, orang kampung terpaksa hidu habuk jalan dan mandi lumpur pada musim hujan mengguna jalan gravel tersebut.   

Di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih dari RM100 bilion, bilion bukan ratusan juta, untuk membina MRT dan LRT.  Ini pun belum ambilkira keretapi double-tracking dari Johor Baru ke Perlis.

Sarawak dan Sabah adalah penyumbang ke-3 dan ke-5 tersebar kepada ekonomi dan perbendaharaan Malaysia. Tetapi, hanya Malaya yang dibangunkan dan Sabah Sarawak dipinggirkan dan termundur serta termiskin dalam Malaysia.  Tanpa hasil minyak dan gas daripada Sabah dan Sarawak, Malaysia mungkin sudah bankrap.

Oleh yang demikian, adalah munsabah untuk Kerajaan Persekutuan dengan serta-merta menurap segala jalan kampung di seluruh Sabah, yang saya difahamkan hanya mungkin membelanjakan RM3.0 bilion.   

Juga untuk membina loji-loji rawatan air diseluruh Sabah.   Kita tidak perlu empangan dan loji-loji yang besar, yang kecil-kecilan untuk menampung keperluan orang kampung adalah memadai.   

Kotaraya Kota Kinabalu dan Kuching perlu dibina sistem pengangkutan Light Rail Transit (LRT) dan untuk Kota Kinabalu saya difahamkan bajet adalah lebih kurang RM3.0 bilion.

Untuk memajukan luarbandar dan Taman Gunung Kinabalu dan menyenangkan perhubungan jalanraya, harus dibina terowong ke Tambunan/Keningau dan Kundasang/Ranau.  

Untuk memastikan tiada penyelewengan seperti yang berlaku di Jabatan Air Sabah dimana ratusan juta disita oleh SPRM di pejabat dan rumah, dan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dimana ratusan juta dituduh disalurkan daripada dana pembangunan.

Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pelbagai program dan projek bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Tuan Speaker, 

Oleh demikian, saya menggesa bahawa pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, Kerajaan Persekutuan akan ubah fokus dan memberi tumpuan dan peruntukan 50% kepada Sabah dan Sarawak bagi tempoh separuh penggal yang akan datang.

Sejarah Pembentukan Malaysia juga perlu diperbetulkan supaya sejarah yang betul diajar di sekolah-sekolah dan supaya rakyat tahu-menahu dengan sejarah yang bertul. 
Persekutuan Malaysia hanya dibentuk pada 16hb September 1963 dan ianya tidak wujud sebelum itu dan sebagai sebuah negara baru, ia tidak pernah dijajah dan tidak dimerdekakan.

Yang merdeka pada 31hb Ogos 1957 adalah the Federation of Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu. Bapa-bapa kemerdekaan Sabah dan Sarawak tidak bersetuju untuk menyertai Malaya tapi bersetuju bersama-sama Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia.  

Adalah satu kesilapan dan penipuan untuk mengatakan bahawa UMNO telah memperjuangkan untuk kemerdekaan Malaysia atau Malaysia merdeka pada 31hb. Ogos 1963.  

Jangan dipaksakan rakyat Sabah dan Sarawak untuk menerima 31 Ogos 1957 sebagai Hari Merdeka Malaysia sebab ia memang bukan fakta yang benar.   

6.    ISU ROYALTI MINYAK KENAIKAN DARI 5% KEPADA 20%

Tuan Speaker,
6.1    Mengenai isu royalti minyak, ada beberapa isu yang perlu penjelasan daripada YAB Perdana Menteri.

6.2    Dalam perbincangan harian dan dalam Manifesto Pakatan Harapan, jelas dinyatakan bahawa 5% royalti akan dinaikkan kepada 20% royalti.  

Sebenarnya “royalti” yang dirujuk ini adalah merupakan “CASH PAYMENT” dibawah Section 4 PDA74 dan bukan “royalti” yang biasa digunapakai sebagai merujuk kepada bayaran kepada tuan hakmilik sesuatu perlombongan.  

Oleh demikian, janji bayaran 20% royalti adalah merujuk kepada kenaikan CASH PAYMENT dari 5% kepada 20% berdasarkan jumlah pengeluaran kasar (gross) dan bukan kepada apa-apa keuntungan atau tidak.

6.3    Mengenai isu “royalti” dalam konteks maksud biasa, bagaimana YAB Perdana Menteri boleh mempertahankan perlucutan hak Sabah untuk mengenaikan “royalti” keatas pengeluaran minyak dan gas seperti yang terkandung dalam Seksyen 24 Ordinan Tanah Sabah.  

Perlucutan hak mengena “royalti” ini terkandung dalam Clausa 4 Perjanjian Minyak bertarikh 14hb Jun 1976 yang ditandatangani oleh mantan Ketua Menteri, 

Tan Sri Harris Salleh, manakala tidak dipersetujui dan enggan ditandatangani oleh bapa-bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Mustapha Harun dan Tun Fuad Stephens, pada tahun 1975-1976.  Seksyen 4 tersebut menyatakan:

“the State agree to waive any royalty rights…” 
Kenapa Sabah dipaksa melucutkan hak mengenakan royalti?

Tuan Speaker,
6.4  Saya ingin menarik perhatian YAB Perdana Menteri, YB Menteri Kewangan dan Kerajaan Persekutuan bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Sabah dan Sarawak tidak boleh dihalang daripada mengena dan mengutip “royalti” keatas minyak dan gas Sabah dan Sarawak.   

Artikel 112C (4)(b) dibaca dengan Artikel 110 (3B) memperuntukkan bahawa Parlimen tidak boleh mehalang atau menyekat Sabah dan Sarawak daripada pengenaan “royalti” keatas minyak dan gas mereka.  Article 112C (4) menyatakan:-

“(4) Subject to Clause (5) of Article 112D, in relation to the State of Sabah or Sarawak, Clause (3B) of Article 110 – 
(a)    Shall apply in relation to all minerals, including mineral oils: but 

(b)  Shall not authorise Parliament to prohibit the levying of Royalties on any mineral by the State or to restract the royalties that may be to levied in any case so that the State is not entitled to restore a royalty amounting to ten percent ad valorem  (calculation as per export duty).”

6.5    Oleh yang demikian, saya menggesa Kerajaan Persekutuan supaya mematuhi Perlembagaan dan tidak menghalang atau menyekat Sabah dan Sarawak daripada mengena dan mengutip royalti keatas minyak dan gas mereka.   Petronas harus membayar royalti selain daripada CASH PAYMENT.  

Jika Sabah dan Sarawak tidak mengutip royalti, maka mereka berhak menerima duti ekspot keatas minyak dan gas sehingga 10% nilai ad valorem bagi mengganti royalti seperti yang termaktub dalam Item 3, Bahagian V, Jadual Ke-10.

6.6    Dalam Manifestonya, Pakatan Harapan telah berjanji menaikkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%.   Sekarang 5% tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah pengeluaran kasar (gross production).   

Oleh demikian, 20% royalti tersebut harus berdasarkan kepada jumlah pengeluaran kasar juga.  Ini juga merupakan ekspektasi rakyat Sabah dan Sarawak berdasarkan Manifesto tersebut.   

Akan tetapi, dalam jawapan dalam Dewan mulia ini telah menukar 20% tersebut berdasarkan keuntungan.   Dengan izin, Are you changing your promise on the 20%, Sir ?

6.7    Sekiranya 20% adalah berdasarkan keuntungan, ia bermaksud 

“profit-sharing and has nothing to do with “royalty”. 
If so, it also means that the oil producing States, Sabah, Sarawak, Terengganu and Kelantan, are owners of the oil and gas resources and are entitled to impose “royalties” as per Article 112C(4) of the Federal Constitution.

7.    STATUS OF SABAH SARAWAK AND REGIONAL DISPARITY 

Tuan Speaker,

7.1    Dalam Titahnya, Tuanku telah menyentuh mengenai diskriminasi perkauman yang harus dihapuskan.  Bukan sahaja adanya diskriminasi perkauman dalam regim Barisan Nasional dulu, juga berlaku diskriminasi wilayah, iaitu Sabah dan Sarawak dipinggirkan dan didiskriminasikan.  

7.2    Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, khasnya kepada yang dari Malaya, selepas 55 tahun Malaysia ditubuhkan pada 16hb September 1963, Malaysia bukan sahaja terdiri daripada Melayu, Cina dan India dan lain-lain yang menghinakan Bangsa Sabah dan Bangsa Sarawak.  

Selalunya orang Malaya hanya akan rujuk kepada Melayu, Cina dan India seolah-olah Bangsa Sabah dan Bangsa Sarawak tidak wujud.

7.3    Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda berkuatkuasa 27hb Ogos 1976 dan menurunkan taraf Sabah dan Sarawak daripada rakan kongsi samarata dan samataraf dengan Malaya kepada Negeri Ke-12 dan Ke-13 sama dengan Perlis dan lain-lain Negeri di Malaya.  

Status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi samarata dan samataraf dengan Malaya harus dikembalikan dan Sabah dan Sarawak tidak boleh disamakan dengan Negeri-Negeri di Malaya.

7.4  Biar saya jelaskan kerana selama ini Sabah Sarawak telah mengalami banyak kerugian dan ketinggalan dalam arus pembangunan Negara kerana tanggapan yang salah.

Tanggapan salah ini juga dibuat dengan sengaja oleh Kerajaan Persekutuan yang Malaya-centric. Dalam semua peta termasuk yang disebarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Peta Malaya adalah jauh lebih besar berbanding dengan Peta Sabah dan Sarawak.  

Hakikat sebenarnya adalah saiz Sarawak 124,449 sq.km. adalah lebih kurang dengan saiz Malaya 130,495 sq.km.  Saiz Sabah adalah sama dengan saiz 9 Negeri di Malaya dan 90 kali saiz Perlis.
    
Diharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menggunakan peta dengan saiz Malaya, Sabah dan Sarawak yang mencerminkan keluasan sebenar.

7.5    Melihat Sabah sebagai hanya satu-unit sama dengan pengiraan Perlis sebagai satu unit bukan cara yang betul dan menambahkan tanggapan yang salah.

Sabah/Sarawak bukan satu unit dan tidak sama dengan Negeri-Negeri di Malaya, yang sepatutnya:- 

MALAYA        :     11 Negeri  = 11 units
SABAH           :      5/6/7 Bahagian (Residencies) = 5/6/7 units
SARAWAK     :      9 Bahagian (Divisions)  = 9 units
       TOTAL     :        25 to 27 UNITS


7.6.  Negeri-Negeri di Malaya kebanyakannya kawasan kecil, lebih kecil daripada daerah di Sabah dan Sarawak.  Contoh adalah Kawasan saya, P.180 Keningau.

Keningau (P.180)   =  3,533 sq.km.

3 Negeri boleh dimuatkan di daerah Keningau iaitu
    Perlis                           816 sq.km.
    Pulau Pinang           1,039 sq.km.
    Melaka                     1,650 sq.km.
                                    =3,505 sq.km.

7.7 Tapi Keningau hanya ada 1 MP, 3 ADUN. Manakala 3 Negeri di Malaya itu, (Pulau Pinang, Perlis dan Melaka ) ada 26 MP dan 83 ADUN.

Kalau setiap MP diperuntukkan RM1 juta, Keningau hanya dapat RM1 juta, 3 Negeri dapat RM26 juta.  Sekarang Kerajaan Persekutuan cadang memberi peruntukkan RM500,000.00 setiap MP.  

3 Negeri Malaya itu akan mendapat RM13 juta manakala Keningau hanya akan mendapat RM100,000.00 sebab bukan Kerajaan walaupun kawasan keningau lebih besar.

7.8    Justru, perlu ada asas pertimbangan yang baru untuk memberi keadilan untuk Wilayah-Wilayah Sabah dan Sarawak.

Oleh sebeb itu, saya cadangkan supaya diadakan penstrukturan semula Sabah dan Sarawak supaya Wilayah-Wilayah pentadbiran Negeri yang dahulunya di namakan DIVISION atau RESIDENCY diiktiraf sebagai Wilayah-Wilayah yang sama tarafnya dengan Negeri-negeri di Malaya.

7.9    Dengan izin, this injustice has been overlooked by our leaders at the formation of Malaysia and should be corrected. i.e.
MALAYA         -    NEGERI               -    DAERAH
SABAH            -    RESIDENCY        -    DAERAH
SARAWAK      -    DIVISION            -    DAERAH

Cadangan ini adalah salah satu cara untuk mengimbangi ketidakadilan dan diskriminasi terhadap Sabah dan Sarawak.

KEPUTUSAN RAKYAT DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Tuan Speaker,

8.1    Dalam Titahnya, Tuanku telah mengulas bahawa RAKYAT TELAH PUN MEMBUAT KEPUTUSAN dan telah menasihati Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan mulia ini untuk bertindak supaya INSTITUSI PARLIMEN AKAN TERUS DIHORMATI dan dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar.   

8.2    Juga tidak ketinggalan adalah Kerajaan Baru akan untuk meningkatkan integriti, tadbir-urus dan prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.

8.3    Namun demikian, kita sudah nampak bahawa ada Ahli-ahli YB tidak menghormati dan tidak mematuhi keputusan rakyat manakala Kerajaan Malaysia baru dan pemimpin-pemimpinnya macam mengamalkan “DOUBLE STANDARDS” khasnya di Sabah.

Tuan Speaker,

Untuk makluman Dewan mulia ini, keputusan Dewan Undangan Sabah adalah 29 BN, 21 Warisan, 6 DAP, 2 PKR dan 2 Parti Solidariti.  

Ini bermaksud 29 BN and 29 Gabungan Warisan-DAP-PKR dan Parti Solidariti bersetuju bergabung membentuk Kerajaan Sabah berasaskan tiada BN dan tiada Umno, iaitu berkecuali sebab Pakatan Harapan telah membentuk Kerajaan Persekutuan.   

Hasil gabungan itu, Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dan Kabinet Sabah juga telah mengangkat sumpah pada malam 10hb. Mei 2019.

Akan tetapi, hasil lompatan katak oleh beberapa YB2 dari BN dan keengganan TYT Yang DiPertua Negeri Sabah menandatangani Watikah Lantikan untuk 6 Wakil Lantikan sebagai ADUN seperti yang dinasihati oleh Ketua Menteri Musa, 

seorang lagi telah secara tidak sah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang kedua.   Ini telah mencetuskan krisis perlembagaan dan perkara ini telah pun dibawah ke Mahkamah untuk diadili dan masih dalam proses pendengaran.

Tuan Speaker,

Untuk mengelakkan berlakunya “double standards” pada masa akan datang, penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran oleh Yang DiPertua Negeri, 

saya menggesa Kerajaan Persekutuan membuat reform perundangan supaya Yang DiPertua Negeri tidak dibenarkan menentukan soal cukup sokongan atau tidak melainkan sejurus selepas pilihanraya dan tidak selepas perlantikan Ketua Menteri.  


Reform perundangan juga diperlu untuk mengistiharkan kerusi dikosongkan sekiranya sesiapa yang bertukar parti atau gabungan selain daripada yang ditandingi dan memerolehi kemenangan.   Ini adalah demi mempertahankan keputusan rakyat yang telah membuat keputusan seperti yang dinasihati oleh Tuanku.   


Justru, pemimpin Federal, agensi-agensi Federal harus menegakkan dan mengamalkan RULE OF LAW dan tidak harus berpihak kepada mana-mana pihak sambil menunggu keputusan Mahkamah.  

Tapi tindakan mereka seolah-olah mengamalkan DOUBLE STANDARD, cakap tidak serupa bikin.  Kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin Federal termasuk Menteri, Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah nyata berbaur politik dan memberi tanggapan buruk kepada satu pihak sambil berpihak kepada pihak yang lain.  

Tindakan pegawai Kehakiman pun Nampak seolah-olah mencampuri hal politik yang bercanggah dengan peranan keberkecualian mereka.   

Apapun, saya berharap tiada lagi tangan ghaib dibelakang kes krisis perlembagaan 2 Ketua Menteri atau campur tangan pihak-pihak yang lain selepas ini dan kes diputuskan mengikut THE RULE OF LAW without any interference.

PERKARA-PERKARA YANG LAIN
   
Tuan Speaker,

Izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang lain.

(1)    Jawatankuasa Institutional Reforms

9.1    Saya difahamkan bahawa satu “JAWATANKUASA INSTITUTIONAL REFORM” telah ditubuhkan untuk menyemak dan memberi nasihat mengenai perubahan dan reform untuk Malaysia Baru.  

Saya berharap Jawatankuasa tersebut akan meneliti dan menitikberatkan isu kesahihan MA63, samada MA63 masih sah memandangkan MA63 ditandatangani oleh Koloni-Koloni yang bercanggah dengan prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perjanjian antarabangsa, 

perpisahan Singapura daripada Malaysia pada Ogos 1965 dan pelanggaran serta ketidak laksanaan syarat-syarat, jaminan-jaminan, syor-syor dan akujanji-akujanji yang dipersetujui sejak 1963.  

Juga harus diteliti adalah status dan taraf Sabah dan Sarawak serta penggunaan Perlembagaan Persekutuan Malaya dengan pindaan berbanding dengan satu Perlembagaan baru untu Persekutuan 3 Wilayah, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.


(2)    Jawatankuasa Khas MA63

9.2    YB. Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa satu JAWATANKUASA KHAS MA63 akan ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan MA63.  

Kerajaan Persekutuan harus mendedahkan dan memberi maklumat penuh mengenai Jawatankuasa Khas tersebut seperti Terms of Reference, Keahlian Jawatankuasa dan Tempoh Masa untuk Pengkajian dan sebagainya.


(3)    Pusat Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat di Sabah

Tuan Speaker,

9.3    Menurut kajian Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Bank Dunia, Sabah merupakan Negeri Termiskin Di Malaysia.  Sambil itu, seluruh dunia sudah mara ke era Digital Economy dan era Industrial Revolution 4.0 dan Sabah jauh ketinggalan.

    Oleh demikian, saya mencadangkan Kerajaan Persekutuan membantu menubuhkan PUSAT EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT di Sabah serta satu RURAL ECONOMIC DEVELOPMENT INSTITUTE (REDI) di Sabah.  Ini akan membantu menyediakan rakyat Sabah dan membangunkan ekonomi luar bandar di Sabah.


(4)    Status ESSCOM di Sabah

9.4    Saya ingin bertanya apakah status ESSCOM di Sabah dibawah Kerajaan Pakatan Harapan?


(5)    Institut Pendidikan Guru di Keningau dan Tawau, Sabah

9.5    Tahun lepas, Kerajaan lalu telah mengumumkan penutupan dua (2) Institut Pendidikan Guru (IPG) di Keningau dan Tawau, Sabah.  Walaupun cadangan tersebut telah dibantah oleh pelbagai pihak di Sabah, 

namun Kerajaan lalu tidak prihatin dan telah meneruskan dengan tindakan untuk menutup kedua-dua IPG tersebut dengan alasan memberi keutamaan kepada Transformasi Nasional TN50 untuk melatihkan lebih ramai technician dan tenaga yang mahir dalam Vokasional dan dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan serta kos pelaksanaan dapat dijimatkan.

    Tetapi masih ada alternatif-alternatif lain seperti Pusat-pusat Khidmat Negera yang ada di seluruh Negara yang lebih bermakna jika ditukar fokusnya kepada TN50 daripada menutup IPG yang tidak kurang pentingnya dalam melatih lebih ramai guru-guru.  Saya merayu agar IPG Keningau jangan ditutup.

    Adakah Kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan dengan penutupan kedua-dua IPG tersebut atau ianya akan diaktifkan semula dan beroperasi sebagai IPG?   Membenarkan kedua-dua IPG tersebut beroperasi balik lebih bermakna lagi memandangkan terwujudnya Kementerian Pendidikan baru di Sabah.


(6)    Penurunan Kuasa Autonomi untuk Pendidikan dan Kesihatan Sabah

9.6    Saya berpendapat bahawa Pendidikan dan Kesihatan akan lebih maju dan progresif jika ianya diwilayahkan dan tidak berpusat di Putrajaya oleh sebab pelbagai factor.  

Dasar Pendidikan dan Kesihatan harus dirancang mengikut keadaan dan kaedah serta acuan Sabah jika bebas dan tanpa terikat dengan pelbagai ketuanan dari Putrajaya.

Oleh demikian, saya ingin bertanya apakah rancangan Kerajaan Persekutuan mengenai penurunan kuasa autonomi untuk Pendidikan dan Kesihatan untuk Sabah supaya ianya dapat ditadbirurus sendiri di Sabah memandangkan terwujudnya 2 Kementerian Baru di Sabah, agar tiada pertindihan kuasa?


(7)    Ketelusan Mendedahkan Kedudukan Kewangan

9.7    Saya ingin menyokong tindakan Kerajaan Pakatan Harapan mendedahkan kedudukan kewangan negara yang sebenarnya. Ketelusan adalah salah satu pokok asas pentadbiran yang baik.  
        
        Saya berharap ini akan diamalkan sepanjang masa dan isu kedudukan kewangan tidak dipolitikkan macam di Sabah.  

Oleh sebab perebutan kuasa, isu kewangan Sabah dipolitikkan sehingga satu pihak menuduhkan bahawa tiada rizab kewangan dan hanya ada hutang ditinggalkan oleh Kerajaan Sabah lalu.  

Tetapi kebenaran akhirnya terbongkar bila diumumkan memang ada rizab kewangan yang melebihi RM3.3 bilion.


(8)    Hapuskan Rasuah 

Tuan Speaker,

9.8    Kita harus menyokong segala langkah untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan menghapuskan aktiviti-aktiviti rasuah supaya Malaysia amnya dan Sabah khasnya dapat menikmati pembangunan yang sebenarnya.   

Suka tidak suka, tidak boleh dinafikan bahawa skandal Jabatan Air Sabah dan skandal rasuah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menjejaskan pembangunan bekalan air dan pembangunan luar bandar di Sabah.
        
        Saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan dan Ketua Peguam Negara tidak akan pilih bulu atau mengamalkan DOUBLE STANDARD dan mengambil tindakan terhadap kes-kes rasuah di Sabah tanpa kira pemimpin dari kerajaan atau tidak. 

Tetapi SPRM sudah nampak berpilih bulu dan hanya bertindak terhadap pihak bukan kerajaan dan parti-parti pro-kerajaan tidak disiasat walaupun jelas pemimpin terlibat diberi habuan jawatan, gaji dan keistimewaan walaupun tidak berhak sebab bukan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah manakala Parti saya dan saya disiasat atas tuduhan fitnah.

(8)    Pembekuan Akaun Akibat Duit 1MDB

Tuan Speaker,
9.9    Pihak SPRM telah mengumumkan bahawa 900 lebih akaun bank telah dibekukan sebab disyaki melibatkan dana daripada 1MDB termasuk akaun parti politik Barisan Nasional.
    
Tetapi saya difahamkan bahawa ada akaun parti politik Sabah yang kini pro-kerajaan tidak dibekukan sebab parti tersebut kini membantu menubuh kerajaan melalui lompatan gabungan setelah keluar dari BN.  

Kenapa ini harus belaka dalam era Malaysia Baru?   Jika akaun parti tersebut tidak dibekukan sebab parti tersebut kini pro-kerajaan, apa bezanya Kerajaan Malaysia Baru dengan Kerajaan BN sebelum ini?


Tuan Speaker,
Saya mengakhiri dengan menyokong Titah Tuanku Yang DiPertuan Agong dijunjung kasih.

Terima kasih.


Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
P. 180 Keningau, Sabah
24hb. Julai 2018

Rakyat Sabah Akan Terus Bangkit Menentang Shafie Apdal.



Rakyat Sabah Akan Terus Bangkit Menentang Shafie Apdal & Jawapan Kepada Aziz Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri

KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat Sabah mempunyai asas untuk khuatir dengan pengumuman pemberian dokumen khas kepada pendatang tanpa izin di Sabah oleh Datuk Seri Shafie Apdal bagi membolehkan mereka bekerja secara sah di Sabah memandangkan sejarah telah membuktikan bahawa PATI di Sabah pernah diberikan kad pengenalan ataupun IC yang sah oleh pemimpin terdahulu yang dikenali sebagai “Projek IC” .

Dalam jawapan lisan oleh Dato’ Aziz Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada soalan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam sesi sidang Parlimen hari ini berkaitan pemberian dokumen khas kepada PATI adalah jelas satu tindakan kurang bijak oleh Aziz, dimana secara jelas Aziz telah mempertahankan tindakan Shafie Apdal memberikan dokumen khas kepada pendatang tanpa izin tanpa sedikit pun rasa malu kepada undang-undang negara.

AZIZ TURUT MENDAKWA DENGAN MEMBERIKAN DOKUMEN KHAS KEPADA PATI TERSEBUT, PENDAPATAN NEGARA AKAN BERTAMBAH DENGAN CARA MEMUNGUT ‘LEVI’ DARIPADA PATI TERSEBUT…

Dato’ Aziz Jamman…
Bukankah PATI ini secara jelas telah melanggar undang-undang negara Malaysia dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan mengikut Akta Imigresen Seksyen 8 1959/63 di bawah Seksyen 55 E (7).

Bagi membudayakan PATI supaya patuh kepada undang-undang di Malaysia khususnya di negeri Sabah, sepatutnya setiap daripada mereka ini ditangkap dan disenarai hitamkan oleh Imigresen daripada memasuki Sabah pada masa akan datang.

Sekarang ini telah wujud usaha oleh sebilangan besar warga asing menyusup masuk ke Sabah bekemungkinan mereka turut mendapat maklumat setiap PATI akan diberikan dokumen khas di Sabah bagi membolehkan PATI ini bekerja secara sah di Sabah.

SEBAGAI CONTOH ESSCOM KELMARIN TELAH BERJAYA MENAHAN 40 ORANG WARGA ASING MENYUSUP MASUK KE SABAH DAN YAKIN LEBIH RAMAI LAGI AKAN BERBUAT DEMKIAN…

Justeru rakyat Sabah diminta untuk terus berjuang bagi menentang usaha Shafie Apdal dan konco-konconya agar pemberian dokumen kepada kepada PATI ini dapat dibatalkan.

RAKYAT SABAH JUGA DIMINTA UNTUK BANGKIT BAGI MENDESAK SHAFIE UNTUK MEMBATALKAN KESEMUA “PROJEK IC” YANG DIBERIKAN KEPADA PATI OLEH PEMIMPIN TERDAHULU…

Kecaman juga diberikan kepada Datuk Madius Tangau, Parti UPKO serta pemimpin Kadazan, Dusun, Murut dalam Parti Warisan sekarang kerana mereka dilihat mendiamkan diri dan seakan bersetuju dengan tindakan oleh Shafie.

John Michael
Setiausaha Penaja
Aktivis Anti PATI Sabah

Cadangan Shafie Apdal Memberi Dokumen Sah Kepada PATI ditentang.



Rakyat Sabah Menentang Cadangan Shafie Apdal Memberi Dokumen Sah Kepada PATI

By Alan Khan -  June 28, 2018 0
Facebook

KOTA KINABALU, SABAH – Cadangan pemberian dokumen berbentuk dokumen khas kepada pekerja asing tidak sah di Sabah untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh, terutama dalam sektor perladangan ditentang oleh sebahagian besar rakyat Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal, dua hari lepas berkata “kita akan melihat bagaimana dokumen khas boleh dikeluarkan kepada pekerja (haram) di setiap ladang. Mereka kini bekerja di beberapa ladang tanpa dokumen sah dan mematuhi dasar tertentu.

“Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman diberi tempoh dua minggu untuk menyediakan kertas cadangan mengenai pelaksanaan cadangan pemberian dokumen khas kepada pekerja asing sektor perladangan di Sabah,” tambah Shafie lagi.

Tan Sri Sukarti Wakiman…
MAJORITI RAKYAT SABAH YANG DITEMUI MENENTANG KERAS CADANGAN SHAFIE TERSEBUT…

Encik James daripada Penampang ketika ditemui berkata, “pendatang tanpa izin di Sabah adalah jelas melanggar Peraturan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang mana hukuman terhadap mereka adalah denda tidak lebih RM1,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali, justeru memberikan mereka dokumen yang sah adalah jelas perbuatan salah.

“BAGAIMANA SHAFIE BOLEH MENGESAHKAN KESEMUA PENDATANG TANPA IZIN YANG TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN TERSEBUT BERSIH DARIPADA KESALAHAN JENAYAH, JANGAN HANYA KERANA ALASAN KEKURANGAN PEKERJA DOKUMEN PERCUMA DIBERIKAN PULA KEPADA MEREKA”…

Manakala Puan Mary yang turut berasal dari Penampang berkata, “tindakan Shafie tersebut jelas tidak boleh diterima dan beliau menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut.

“Sepatutnya pekerja yang ingin bekerja di Sabah perlu memasuki Sabah melalui jalan yang sah. Mereka seharusnya wajib memiliki Passport dan wajib memeriksa kesihatan mereka bagi mengelakkan penyakit berjangkit”.

Encik Peter daripada Inanam pula berkata, “saya menyesal undi Warisan, ini bayaran yang terpaksa diterima oleh beliau. Sepatutnya Shafie boleh menghubungi kerajaan Filipina atau negara-negara lain bagi membekalkan pekerja asing dan bukannya memberikan mereka peluang sebegitu.

“Mereka adalah pesalah yang berada di Sabah tanpa dokumen yang sah kemudian diberikan dokumen khas kononnya bagi mengatasi pekerja perladangan”  tambahnya lagi.

Stephen yang berasal dari menggatal pula berkata, “kebanjiran pendatang tanpa izin seakan akan tidak terkawal khususnya warga filipina di sekitar Kota Kinabalu termasuk di Inanam dan Menggatal dan masalah ini masih belum dapat diatasi sehingga kini.

“SEKARANG INI SHAFIE BERCADANG PULA MEMBERIKAN DOKUMEN KHAS KEPADA PENDATANG HARAM, INI SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA…

Sepatutnya warga asing yang tinggal di Sabah secara tidak sah sepatutnya dihantar pulang ke negara mereka masing-masing kerana mereka secara jelas telah melanggar undang-undang negara Malaysia.” ujarnya lagi.

Manakalah penama yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Joe pula berkata “sepatutnya Shafie menyelesaikan terlebih dahulu projek IC yang diberikan oleh pemimpin terdahulu kepada warga asing di Sabah, sehingga mereka menjadi warganegara yang sah.

Bukannya memberikan pula dokumen khas kononnya bagi mengatasi masalah pekerja di sektor perladangan,”  katanya lagi.

Facebook

Mesej Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan kepada rakyat negara Sabah.



“Saya telah berusaha untuk melakukan sehabis baik untuk rakyat dan negara Sabah dalam memperjuangkan hak-hak kita. 

Walau bagaimanapun, setiap tindakan saya ditafsir dengan kefahaman yang tidak tepat dan menyebabkan penyebaran cerita fitnah daripada dahulu sehingga sekarang.

Cerita fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya bukan merugikan diri saya tetapi diri mereka sendiri.

Mereka kehilangan peluang untuk memiliki pemimpin yang benar-benar bersuara bagi pihak mereka untuk berdepan dengan kerajaan malaya.

Mereka katakan yang saya gila pangkat, kedudukan dan duit tetapi itu sebenarnya tidak benar sama sekali.

Jikalau saya inginkan itu semua, saya tidak akan membuang usia muda saya sehingga sekarang didalam politik kerana saya boleh menggunakan sijil pendidikan tertinggi yang dimiliki ini dari Harvard Universiti untuk mendapatkan pekerjaan, perniagaan yang mampu memberikan kesenangan, kemewahan kepada kehidupan dan keturunan saya.

Adakah itu yang sebenarnya kamu mahu saya lakukan?

Jikalau saya melakukan seperti itu, bagi pandangan kamu dengan melihat disekeliling, siapakah pemimpin-pemimpin Sabahan yang kamu yakin akan berani bersuara untuk menegur kerajaan sehingga ditangkap dan dihumban ke dalam penjara dibawah akta ISA?

Sebelum ini, memang ramai yang bersuara dan mereka-mereka ini juga ditangkap dan dipenjara dibawah ISA semasa mahathir memerintah dulu tetapi sebaik sahaja dibebaskan, mereka telah memilih untuk tunduk, diam dan akur kepada arahan malaya kerana takut sudah. 

Sebaik sahaja saya dibebaskan, saya mengambil satu tempoh masa berehat dan terus bertekad untuk memasuki dunia politik secara rasmi bagi memastikan perjuangan bangsa negara Sabah tercapai.

Tetapi jikalau ditakdirkan saya tidak berjaya untuk melakukannya kerana masa sangat cemburukan saya, mahu tidak mahu tanggungjawab itu akan diserahkan kepada kamu semua secara langsung termasuk mereka-mereka yang begitu gembira menyebarkan fitnah tentang perjuangan yang diangkat oleh saya bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Tenaga saya semakin lemah, badan ini semakin hilang kekuatannya. 

Jikalau kamu yang memilih untuk terus menyebarkan fitnah dan membenci saya atas kefahaman daripada sebaran fitnah yang kamu terima walaupun saya telah berusaha memperjelaskan berkali-kali untuk memperbetulkan kefahaman tentang keadaan yang sebenarnya berlaku didalam perjalanan politik saya dahulu sehingga sekarang, 

sampai masa kamu akan bergembira juga kerana pada waktu itu saya akan hanya menjadi sebuah memori, rujukan sejarah seperti allahyarham Tun Mustapha dan Tun Fuad.

Oleh itu, selagi saya mampu bernafas, ambilah peluang ini untuk menggunakan saya sepenuhnya bagi mewakili suara-suara anda didalam DUN dan Parlimen bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain agar suara-suara anda akan bergema dan berkumandang dengan nyaring sekali tanpa henti didalam dewan sehingga hak-hak kita semua tercapai dengan jayanya

Saya lakukan semampu yang boleh untuk anda semua."

Credits untuk 1Sabah kerana membuat editan video yang membolehkan mesej Datuk cepat sampai kepada rakyat. Untuk rujukan video original, sila klik link ini (https://www.facebook.com/drjeffreygkitingan/videos/673380769474187/).

RAKYAT SABAH BANTAH USAHA KERAJAAN BARU

RAKYAT SABAH BANTAH USAHA KERAJAAN BARU WARISAN MENDAFTAR DAN MEMBERI KAD PENGENALAN KEPADA WARGA ASING DAN PTI. RAKYAT JUGA MENDESAK DS M...